Sunday, December 12, 2010

MIGRASI LUAR BIASA IMIGRAN

WAHAI SEMUA SIDANG P’CONTENG BLOG KU SUDAH KAH ANDA BERSEDIA DGN CONTENGAN TERBARU AKU..YG SGT MENGUJI DAYA PEMAHAMAN KALIAN SEMUA???

AMARAN / PERINGATAN: SEKIRANYA TIMBUL ALAHAN/ RASA GATAL ATAU RASA MENYAMPAH DENGAN CONTENGAN INI. ANDA BOLEH LAH MENBLOCK LINK BLOG INI SAMPAI BILA2. SELAIN ITU ATAS DASAR KEPERIKMANUSIAN
ANDA DISARANKAN BERJUMPA DOKTOR UNTUK NASIHAT DAN RAWATAN SELANJUTNYA.

EXTRA: SILA BACA CONTENGAN INI DITEMPAT KERING DI DALAM SUHU BILIK BAGI MENAMBAHKAN KEBENGANGAN ANDA.


alkisah tersebutlah suatu penempatan strategik di sebuah kg yg bernama tg bangkong dimana penghuni asal sebuah istana separuh siap yg berADDRESS di MAT ALI ROAD tinggal. Dikatakan strategik kerana terlindung dgn rimbunan buluh, jalan utama yg menghubungkan tnb dan kg tersusun tg bangkong, dan jalan yg menghubungkan penduduk dgn kubur.
Tinggallah seorg permaisuri bersama anakanda-anakandanya dan cucuanda-cucuandanya. Sebelum ini penghuni istana separuh siap itu pernah mengalami beberapa masalah genting yg tidak berpenghujung namun begitu mereka masih berdiri tegak sebagai sebuah institusi keluarga yg mengamalkan cara hidup mereka yg tersendiri.

Namun disebabkan salah seorg anakanda pemaisuri tersebut telah mengalami peningkatan dalam berinteraksi secara global. Anakanda yg tengah itu telah mengalami perubahan yg amat ketara yg tiada tolak bandingnya. Anakanda yg tengah telah menbawa masuk seorg imigran(pendagang asing) kedalam istana separuh siap tersebut. Pada mulanya seisi istana separuh siap memberikan layanan yg baek, ramah dan mesra kepada imigran itu. Namun apabila mereka menyedari bahawa imigran itu cuba m’lakukan migrasi(penghijrahan) luar biasa di dlm institusi itu berlakulah pemberontakan dan pembahagian puak didalam institusi itu.

Terdapat beberapa kemusykilan terhadap imigran tersebut. Beberapa teori kedatangan imigran ke insititusi tersebut telah dikemukan. Diantaranya ialah

1. Penguasaan mutlak terhadap sumber komoditi institusi tersebut.
2. Perluasan pengaruh imigran.
3. Penyebaran pengaruh negative imigran.

Migrasi luar biasa imigran bermula secara berperingkat. Kedatangan imigran boleh dibahagikan kepada 3 peringkat :

1. Persinggahan
2. Pertapakan
3. Penyebaran pengaruh


Salah satu factor penting yg menyumbang kepada migrasi luar biasa imigran tersebut ialah kemudahan asas yg disediakan di istana separuh siap seperti tempat tinggal, bekalan air, makanan, barang separuh berharga dan barang2 yg xberapa na berharga. Factor ini adalah penyumbang utama migrasi luar biasa imigran tersebut untuk mengaut kesenangan dan keuntungan sumber komoditi istana.


Tidak cukup dgn itu kedatang imigran tersebut telah mewujudkan proses asimilasi dan akultrasi. Sebagai bukti dapat dilihat apabila proses asimilasi struktur (proses dimana kmpln minority Berjaya menyertai insitusi utama dan aktiviti social dlm masyarakat dominan) terbentuk didalam istana. Sebagai bukti permaisuri telah kehilangan hak sebagai pemerintah yg tertinggi dan hilang hak keistimewaannya. Permaisuri tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan didalam hal ehwal yg melibat kn istana.


Berbagai cara telah dilakukan bagi menyekat penguasaan dan kedatangan imigran ke institusi tetapi penyumbang terbesar sumber komoditi melakukan serangan balas kepada penghuni istana dan hampir melumpuhkan istana.

Akhirnya campur tangan sidang jemaah tertinggi istana telah menyebabkan kedua-dua pihak membawa haluan sendiri. Namun begitu imigran tetap berlaku jahat dgn membawa sekali penyumbang sumber komoditi dan anak-anak sumber komoditi berserta KHAZANAH-KHAZANAH yg berada didalam istana separuh siap.

Sidang jemaah tertinggi istana tidak akan membiarkan penguasaan imigran terhadap sumber komoditi berlanjutan. Beberapa rancangan strategik telah diaturkan dan menunggu masa untuk dilancarkn.

SEKIAN

Bt yg paham = wow bagus lah
Bt yg paham sikit2 = terima kasih J
Bt yg xpaham = terima kasih kerana terus membaca (huhuhu)

1 comments:

ct amienah amyra as-sunnah said...

dh mcm sejarah purba aku baca blog ko..n proses2 asimilasi pn ada gak..dh mcm ctu dh gamaknyaa..huhu