Wednesday, December 22, 2010

20 cara untuk jadikan roommate anda gila!!!!!!!!!!!!

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat mcm x nmpk apa2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

hehe..try lah...


eXtRa: HAHAHAHAHA AK NAK TRY DKT TIQ AH NNT HIHIHI..
NIH AK COPY PASTE JEWP NIH.NIH BKN AK YG TULIS...SAJA NAK KONGSI...
ENJOYYYYY!!!

Sunday, December 12, 2010

MIGRASI LUAR BIASA IMIGRAN

WAHAI SEMUA SIDANG P’CONTENG BLOG KU SUDAH KAH ANDA BERSEDIA DGN CONTENGAN TERBARU AKU..YG SGT MENGUJI DAYA PEMAHAMAN KALIAN SEMUA???

AMARAN / PERINGATAN: SEKIRANYA TIMBUL ALAHAN/ RASA GATAL ATAU RASA MENYAMPAH DENGAN CONTENGAN INI. ANDA BOLEH LAH MENBLOCK LINK BLOG INI SAMPAI BILA2. SELAIN ITU ATAS DASAR KEPERIKMANUSIAN
ANDA DISARANKAN BERJUMPA DOKTOR UNTUK NASIHAT DAN RAWATAN SELANJUTNYA.

EXTRA: SILA BACA CONTENGAN INI DITEMPAT KERING DI DALAM SUHU BILIK BAGI MENAMBAHKAN KEBENGANGAN ANDA.


alkisah tersebutlah suatu penempatan strategik di sebuah kg yg bernama tg bangkong dimana penghuni asal sebuah istana separuh siap yg berADDRESS di MAT ALI ROAD tinggal. Dikatakan strategik kerana terlindung dgn rimbunan buluh, jalan utama yg menghubungkan tnb dan kg tersusun tg bangkong, dan jalan yg menghubungkan penduduk dgn kubur.
Tinggallah seorg permaisuri bersama anakanda-anakandanya dan cucuanda-cucuandanya. Sebelum ini penghuni istana separuh siap itu pernah mengalami beberapa masalah genting yg tidak berpenghujung namun begitu mereka masih berdiri tegak sebagai sebuah institusi keluarga yg mengamalkan cara hidup mereka yg tersendiri.

Namun disebabkan salah seorg anakanda pemaisuri tersebut telah mengalami peningkatan dalam berinteraksi secara global. Anakanda yg tengah itu telah mengalami perubahan yg amat ketara yg tiada tolak bandingnya. Anakanda yg tengah telah menbawa masuk seorg imigran(pendagang asing) kedalam istana separuh siap tersebut. Pada mulanya seisi istana separuh siap memberikan layanan yg baek, ramah dan mesra kepada imigran itu. Namun apabila mereka menyedari bahawa imigran itu cuba m’lakukan migrasi(penghijrahan) luar biasa di dlm institusi itu berlakulah pemberontakan dan pembahagian puak didalam institusi itu.

Terdapat beberapa kemusykilan terhadap imigran tersebut. Beberapa teori kedatangan imigran ke insititusi tersebut telah dikemukan. Diantaranya ialah

1. Penguasaan mutlak terhadap sumber komoditi institusi tersebut.
2. Perluasan pengaruh imigran.
3. Penyebaran pengaruh negative imigran.

Migrasi luar biasa imigran bermula secara berperingkat. Kedatangan imigran boleh dibahagikan kepada 3 peringkat :

1. Persinggahan
2. Pertapakan
3. Penyebaran pengaruh


Salah satu factor penting yg menyumbang kepada migrasi luar biasa imigran tersebut ialah kemudahan asas yg disediakan di istana separuh siap seperti tempat tinggal, bekalan air, makanan, barang separuh berharga dan barang2 yg xberapa na berharga. Factor ini adalah penyumbang utama migrasi luar biasa imigran tersebut untuk mengaut kesenangan dan keuntungan sumber komoditi istana.


Tidak cukup dgn itu kedatang imigran tersebut telah mewujudkan proses asimilasi dan akultrasi. Sebagai bukti dapat dilihat apabila proses asimilasi struktur (proses dimana kmpln minority Berjaya menyertai insitusi utama dan aktiviti social dlm masyarakat dominan) terbentuk didalam istana. Sebagai bukti permaisuri telah kehilangan hak sebagai pemerintah yg tertinggi dan hilang hak keistimewaannya. Permaisuri tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan didalam hal ehwal yg melibat kn istana.


Berbagai cara telah dilakukan bagi menyekat penguasaan dan kedatangan imigran ke institusi tetapi penyumbang terbesar sumber komoditi melakukan serangan balas kepada penghuni istana dan hampir melumpuhkan istana.

Akhirnya campur tangan sidang jemaah tertinggi istana telah menyebabkan kedua-dua pihak membawa haluan sendiri. Namun begitu imigran tetap berlaku jahat dgn membawa sekali penyumbang sumber komoditi dan anak-anak sumber komoditi berserta KHAZANAH-KHAZANAH yg berada didalam istana separuh siap.

Sidang jemaah tertinggi istana tidak akan membiarkan penguasaan imigran terhadap sumber komoditi berlanjutan. Beberapa rancangan strategik telah diaturkan dan menunggu masa untuk dilancarkn.

SEKIAN

Bt yg paham = wow bagus lah
Bt yg paham sikit2 = terima kasih J
Bt yg xpaham = terima kasih kerana terus membaca (huhuhu)

Thursday, December 9, 2010

Misteri "ABG NIZAM"???

AYU ANAK SEDARA KU…


sejak akhir2 nih dia selalu b’cerita pasal “ABG NIZAM” bla ak tnye sapa dia ckp ala “ABG NIZAM” la xkn xknl kot..then dia selalu ckp “SAYA LUPA, SAYA X INGAT, KITA PERNAH JUMPA KE?”. Bla ak tnye emak ak sapa “ABG NIZAM” tuh mak ak pun xtao..pelik btol ak dgn ayu nih…kepelikan nih bertambah2 bla dlm buku lukisan dia penuh gmbr lelaki then tulis “INI ABG NIZAM”. Ayu siap bt lagu kot..dia ckp nih lagu utk “ABG NIZAM”…

Tajuk Lagu : ho..ho..ho..ho.. oleh kerana
Penulis Lirik: ayu
Penyanyi: ayu

ho..ho..ho..ho.. oleh kerana hatiku setianya
sebab itulah cantik hatiku
kerana sebablah aku sakit
ialah cantik aku tak tahu…….
Kamu cinta kepada aku
kamu memang cantik sa ha..ha…
Oleh sebelum kamu meninggalkan aku
kamu harus cakap kau….
Kau memang cakap kau tak tahu
Aku memang cantik
Tak kalau tak cantik
Aku tak tahulah

JENG..JENG..JENG..ak makin suspen…cuba na merungkai “MISTERI ABG NIZAM” tp x terungkai2 lg pun…sampai la pada suatu petang yg sunyi (xda la sunyi sgt..saja je tmbh2 bg sedap cite nih hehehe) ketika tok Bakar lalu na ke surau, kucing opah siah bergado dgn kucing ak (kuning VS oyeng), mak ak the femes kak liemah tgh sapu sampah. Anak sedara aku ayu berlari pulang ke rumah menjerit “ABG NIZAM” berulang2 kali…ak pun “ABG NIZAM? Mane2 abg nizam ko tuh mane2…dia dtg ke? Arechu na tgk dia..mane2” tapi ayu bt bodo jewp, dia terus buka TV..

MAKA TERUNGKAILAH MISTERI “ABG NIZAM” PADA PETANG ITU….
NAK TAHU SAPA ABG NIZAM TUH???

JENG..JENG…JENG..






RUPA NYA ABG NIZAM DIA KAMAL ADLI HUHUHUHU...

BZ BEE OOOOOOOO ~~~~~

Bz btol hidup ak sekrg yela dgn na uruskn family lagi, keje dkt opis pun berlambak2, jadi kuli cabuk majikan xberhati perut!! Ada ke patut dia xnk naek kn gaji ak..ak rajin apa!! Diskriminasi btol!! Berbalik kepada kesibukan ak tadi..hmm dgn anak2 ak si Danish n danisha na kene hntr g sekolah, laki ak plak asik sibuk mengCLICK shouter DSLR!! Jgn smpi ak rebus DSLR tuh krg!!! Da la cuti ak dibekukan bru plan satu family na g niuyork (new York) ishh cancel lagi!! Hari tuh plan na naek cruise pun terpaksa cancel..susa btol keje jadi kuli nih kan best law leh jadi boss…ske2 ak jewp na dtg opis ke x…huhuhu…bnyk betol benda yg na dikejarkn yela hidup sebgi suri rumah nih bnyk bnda na kne pk. T’kejar2 na blk awal dari opis ..na blk plak jam adoyaii na pk lg menu apa na kne msk hari ini…aihh susa btol eh jap nih da slh watak nih..hahahaha cmne la leh terasimilasi jd org laen nih huhuhu…

Take two camera action!!!!

Hi nama i elvida..i seorg ppuan yg berperwatakan sangat moden. Sedang mengalami fasa na menguruskn badan yg xgemok pun hee…body I cam Kim kardashian ...(sapa ntah kim kardashian nih ak pun xtao.hahahahaha) tapi sering kali ak terpandang nama dia di laman web..bla..bla….bf I cam cristiano ronaldo hahah. Kitaorg jumpe masa world cup masa tuh Portugal vs perak..hahaha perak ngeh3 (PANG!! sedar2 jgn b’mimpi)

CUKUP!! CUKUP!! AH MEREPEK!! HEEE~~~

Ko nih Kayla lm xupdate tibe2 merepek meraban hahaha….

Bnyk benda na cite tp mls + kumpulan beruk dah xdiguna kn lg…huhu (miskin sekrg T_T)

Xpa2 t taip2 awal2 then post selambak dkt cni hihihi…

Sunday, August 8, 2010

fOtO ge~~DIK!!!!

ANDA SUKA BERGAMBAR?

ANDA SEORANG FOTOGEDIK??



Semua org ske bergambar..xslh kot na bergambar kn3..dan xsemestinya korang kne cantik or hensem utk bergambar kn3..gmbr syok sendiri suda..

Antara ciri2 anda foto gedik:

1.Pantang ada masa terluang, dgn pantas dan tanpa ragu2 korg terus kluarkn henfon korg n amik gmbr sendiri sampai beratus2. (itu sya..hahaha :P)

2.Pantang Nampak kamera terus na numpang nyelit..tak kiralah kenal ke xkenal ke..pakai serbu msk bergambar sekali jew. (ak kenal sorg mamat yg ada penyakit nih..asal org pgg kamera mula ah dia tersengih2 n tanpa segan silu nyibuk skali)

3.Amik henfon kwn2 korg n tanpa izin amik gambr sendiri siap buat folder nama korg. (sampai org laen pun kompius nih henfon sapa..sbb gmbr korg bnyk dr gmbr tuan punya henfon)

4.Bila pergi bercuti or berjalan kemana2..tiap ceruk tmpt tuh korg na tngkp gmbr..xkira ah kat bskl tua pun jadi la..asalkn nmpk muka korg..law nmpk separuh bdn pun jadi ah ..asalkn ada gmbr korg)

5.Cube menjadi sekreatif yg boleh...menggunakan bahan2 yg ada tuk nmpk kn gmbr tuh real...yg xlogik pun jadik logik..hahahaha

2 antara ciri2 fotogedik la huhuhuhu…kat bwh ak sedia kn gmbr2 foto gedik..korg nilailah sendiri gedik ke x?? hahahaha



TIBE2 JEW ADA YG NYIBUK LG 2 ORG KAT BLKG TUH..ISH3..





KAT GERAI BURGER PUN JADILAH..AT LEAST AK PENAH SNAP PIX KAT GERAI BURGER DEKAT PANGKOR..KORG PENAH KEW???





SEE CTIKUS DA JUMPE FAMILY PLASTIC DIA HAHAHAHA



LOKASI: TESCO KAMPAR
TKG NGAMIK GMBR : MAK AK (SECARA PAKSA RELA)
HAH..HAH...ADA GAK AK GMBR DGN CRISTIANO RONALDO..KORG ADA? XDA KN..WEK3..:p WAKAKA

mcm nih la lantak la org na kata korg foto gedik ke apa kew..na bsg apa..camera korg, muka korg, pose korg lantakla..APEDEHAL??

skian...^_^

Wednesday, July 21, 2010

Rumah kami yg something wrong....wooo~~~

1) Pintu toilet yg diketuk bertalu-talu.
2) Pintu blkg yg selalu kedengaran sprti dibuka oleh seseorg.
3) Bunyi-bunyian asing.
4) Desas desus penghuni lorong 26 tmn sidec di facebook ttng "sesuatu yg t'amat dasat".


adakah ini yg kami bw pulang dari pangkor????
atau yg kami bw pulang dari tmpt parking kete di lumut????


mood: ~takot~~...woooo~~~~...auk..auk..auk...hee~~
t'rasa takot nk iron bju g kelas esok...iron pg esok jelah...huhu
"tiq teman ak p toilet sat..nk gosok gg...takot~~" T_T..T_T


nota tmbhan =p: bru membeli 2 psg kasut lg ptg td...ahad lps bru beli lg 1..dlm ms 3minggu ak da bli 5 pasang kasut..next entry akan mencerita kn ttng CIK2 baru ak..n percutian di pongkar yg "MCM BEST" hahaha.

till then...

tito2..esok kls...auuuuuuuu~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, July 19, 2010

Tarikh luput...






soklan saya...CINTA LELAKI ada tarikh luput tak??
hahahahahahaha =p